Rahsia Sifir 19 x 19
Selamat sejahtera, kita ni semua sudah mahir dalam hafal sifir dari 1 hingga 9. Akhir-akhir ini saya mendapati kanak-kanak di India telah membelajari cara baru dalam menghafal sifir dari 1 -19 @_@.
Di bawah merupakan cara mereka menghafal sifir itu:
18 x 17 =306
Langkah pertama: nombor pertama iaitu 18 campur dengan digit kedua nombor kedua itu 7. selepas itu darab
dengan 10
18 + 7 = 25
25 x 10=250
Langkah kedua: digit kedua nombor pertama iaitu 8 berdarab dengan digit kedua nombor kedua iaitu 7
8 x 7 = 56
:Langkah ketiga: jawapan akhir kedua-dua nombor campur sekali dan itulah jawapan bagi formula itu.
250+56=306
Saya mendapati cara ini adalah lebih cepat daripada cara tradisional. Walau bagaimanapun, cara ini tidak sesuai untuk pendaraban lepas angka 19. Oleh itu, kita masih perlu menggunakan cara darab tradisiaonal.
Analisis Pendaraban Matematik
Satu teknik pengajaran , di mana sesuatu konsep dipecahkan kepada beberapa bahagian kecil mengikut langkah-langkah penerangan. Kaedah ini menghendaki pelajar perlu mengetahui 'kenapa' sesuatu langkah atau algorithma iu dilakukan. Teknik ini dapat menyediakan proses kefahaman yang lebih mendalam terhadap sesuatu konsep. Pelajar tidak hanya mengetahui 'bagaimana' jawapan diperolehi , bahkan mereka dapat menjelaskan 'kenapa' sesuatu prosedur itu dilakukan. Kefahaman jenis ini sering kali disebut sebagai 'relational understanding' ( Skemp, 1987), atau 'conceptual understanding' (Resnick & Ford, 1981; Hiebert, 1992; Desforges & Cockburn, 1987), atau 'perceptual interpretation' (Cooney, 1992). Berikut adalah satu contoh penggunaan teknik analisis dalam soalan bentuk mekanis:
24 x 36
= (20 + 4) x 36 cerakinan
= (20 x 36) + (4 x 36) Hukum taburan
= [20 x (30 + 6)] + [4 x (30 + 6)] cerakinan
= [(20 x 30) + (20 x 6)] + [(4 x 30) + (4 x 6)]hukum taburan
= 600 + 120 + 120 + 24 kemahiran pendaraban
= 600 + 100 + 20 + 100 + 20 + 20 + 4 cerakinan
= 800 + 60 + 4 kemahiran menambah
= 864
Time Table 1-9
x
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
7
|
8
|
9
|
1
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
7
|
8
|
9
|
2
|
2
|
4
|
6
|
8
|
10
|
12
|
14
|
16
|
18
|
3
|
3
|
6
|
9
|
12
|
15
|
18
|
21
|
24
|
27
|
4
|
4
|
8
|
12
|
16
|
20
|
24
|
28
|
32
|
36
|
5
|
5
|
10
|
15
|
20
|
25
|
30
|
35
|
40
|
45
|
6
|
6
|
12
|
18
|
24
|
30
|
36
|
42
|
48
|
54
|
7
|
7
|
14
|
21
|
28
|
35
|
42
|
49
|
56
|
63
|
8
|
8
|
16
|
24
|
32
|
40
|
48
|
56
|
64
|
72
|
9
|
9
|
18
|
27
|
36
|
45
|
54
|
63
|
72
|
81
|
Video Matematik
Teknik-teknik menjawab soalan semasa UPSR
Belajar Rumah Nombor dengan menyanyi
RPH MATEMATIK TAHUN 2 KSSR UNTUK 1 SESI SELAMA 30 MINIT( FORMAT KSSR )
Tahun : 2A
Masa : 30 min
Bilangan Murid : 27 orang
Bidang: Nombor dan operasi
Tajuk: Darab
Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk:
4.1 Menulis ayat matematik bagi operasi darab.
Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk
(iii) mengenal simbol darab dan sama dengan
a) Mengguna dan mempelbagaikan perbendaharaan kata yang relevan dalam konteks darab.
b) Menulis simbolnya
c) Menggunakan simbol bagi menulis ayat matematik bagi operasi darab berdasarkan situasi yang diberi.
Masa: 30minit
Fasa
|
Cadangan Aktiviti
|
Cadangan Komunikasi
| |||||||||
1. Persediaan
(set induksi)
Pemerhatian dan Analisis
(5 min)
|
a. Murid memerhatikan kad gambar yang ditampal di papan tulis.
b. Murid menyatakan bilangan kumpulan yang ditunjukkan oleh kad gambar di papan tulis,
c. Murid menulis ayat matematik tambah berulang.
2 + 2 + 2 = 6
d. Murid menyatakan bilangan kumpulan dalam kad gambar.
e. Murid menyatakan bilangan dalam setiap kumpulan.
f. Murid menyatakan jumlah yang terdapat dalam kesemua kad gambar.
Tuliskan
2+2+2=6
3 x 2=6
3 kumpulan dua-dua
g. Bincangkan dalam ayat matematik.
+ X
h. Murid ditunjukkan simbol darab dan sama dengan yang dilekatkan di papan tulis.
Aktiviti mencari tersembunyi:
Murid mencari dan menunjukkan simbol darab dan sama dengan yang tersembunyi di dalam gamabar.
Murid menyebut dan memadankan perkataan darab dan sama dengan dengan gambar yang ditunjukkan.
|
1) Ada berapa kumpulan dua-dua?
2) Berapakah bilangan di dalam setiap kumpulan?
3) Berapakah jumlah epal yang ditunjukkan?
Tiga kali dua jadi enam.
Tiga kumpulan dua-dua sama dengan enam
Tiga darab dua sama dengan enam.
3 x 2 = 6
| |||||||||
2. Imaginasi
Penjanaan Idea dan Sintesis Idea.
(10 min)
|
Minta Murid membaca/meneliti situasi ini.
Seekor burung ada dua kaki. Lima ekor burung ada sepuluh kaki.
Minta murid meberi situasi bagi ayat matematik 2x2=4
|
Contoh: soalan:
Berapakah jumlah kaki bagi 5 ekor burung?
Bina ayat matematik darab bagi situasi tadi.
5 x 2 = 10
Murid memberi contoh situasi bagi ayat matematik tersebut.
| |||||||||
3. Perkembangan
Penambahbaikkan
(5 min)
|
Murid memadankan kad gambar dan kad ayat matematik yang diberi
Contoh:
Kad Jawapan:
| ||||||||||
4. Tindakan
Pelaksanaan
(Penutup)
(10 min)
|
Murid menulis ayat matematik berdasarkan situasi yang diberi oleh guru . Meurid menulis jawapan di papan tulis.
3 X 2 = 6
Lembaran kerja diberikan.
Murid menjawab soalan di lembaran kerja.
|
Dengar:
Cikgu memberi 2 biji gula-gula kepada 3 orang muridnya. Jumlah kesemua gula-gula yang cikgu beri ialah 6 biji.
| |||||||||
Pentaksiran:
Berdasarkan keupayaan murid menjawab lembaran kerja.
| |||||||||||
Nilai:
Teliti dan rajin
|
30+30x0+1=?????
ReplyDelete